Logo melambangkan identiti sesebuah organisasi ataupun kelab. Kelab Pensyarah UiTM Pulau Piang dengan nafas baru sesi 2009-2011 telah mengambil initiative untuk menghasilkan satu identiti tersendiri bagi kelab ini. Satu pertandingan logo diadakan bagi merialisasikan niat ini. Pertandingan Mencipta LOGO KELAB PENSYARAH, dianjurkan oleh unit Biro Publiciti, Kelab Pensyarah UiTM Pulau Pinang. Pertandingan ini terbuka untuk semua warga kampus UiTM Pulau Pinang, pelajar ,staff dan juga para pensyarah dan bentuk penyertaan bolehlah secara individu ataupun berkumpulan. Pertandingan ini dilancarkan dalam pertengahan bulan April 2009 dan tempoh sebulan diberikan kepada para peserta. Walaupun tempoh yang singkat diberikan ,pertandingan ini mendapat sambutan yang baik dikalangan para pensyarah dan pelajar. Pertandingan ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.
Kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pensyarah dari Jabatan Sains Komputer dan Matematk, iaitu Puan Zuaraira,Puan Wan Anisha dan Puan Sopiah Ishak telah memenangi pertandingan ini. Pemenang diberikan hadiah berbentuk wang dan sijil penyertaan , daripda pihak Kelab Pensyarah.
Berikut adalah penerangan logo Kelab Pensyarah UiTM Pulau Pinang :
RASIONAL LOGO
Gambar bulatan yang mempunyai tiga bulatan kecil yang mengelilingi glob menggambarkan warga Pensyarah UiTMPP yang sentiasa bersepakat, bekerjasama dan seia sekata dalam menjayakan apa jua aktiviti di kampus dan diluar kampus.
Gambar glob ditengah-tengah melambangkan platform yang menyeluruh dimana warga pensyarah UiTMPP sentiasa bersedia untuk berkhidmat dalam apa jua lapangan kepada universiti dan juga masyarakat tidak kira di mana jua.
Gambar buku di tengah glob melambangkan ilmu pengetahuan yang menjadi teras bagi warga pensyarah menyampaikan ilmu kepada pelajar dan juga kepada masyarakat amnya.
Gambar elips seperti orbit yang mengelilingi melambangkan daya usaha yang bersungguh-sungguh pada setiap warga pensyarah yang sentiasa ikhlas dalam usaha memartabatkan pensyarah sebagai agen pengubah masyarakat tanpa mengabaikan nilai-nilai murni.
Post a Comment