Mari Meneladani Rasulullah SAW
1) Pendahuluan
Setiap manusia memerlukan seseorang yang boleh dijadikan sebagai ikutan dan contoh teladan dalam hidup. Bagi ahli perniagaan, mereka menjadikan ahli korporat yang berjaya sebagai role-model dan begitu juga bagi ahli politik yang mengambil tokoh pemimpin terdahulu sebagai individu yang ingin diikuti. Tetapi, apa yang menyedihkan ialah terdapat juga remaja pada hari ini yang mengambil artis sebagai role-model dan ini dapat dilihat daripada aspek pemakaian, fesyen rambut dan pergaulan mereka. Namun, sebagai seorang muslim, seharusnya Nabi Muhammad SAW adalah individu yang perlu dijadikan contoh teladan dan ikutan sepanjang masa. Baginda adalah seorang nabi untuk seluruh umat, seorang bapa, seorang datuk, seorang suami dan individu seperti kita semua. Tetapi peribadi baginda yang agung wajar dijadikan ikutan oleh setiap manusia.

Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luay bin Ghaleb bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Nabi Ilyas AS bin Mudor bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Nabi Ismail AS bin Nabi Ibrahim AS. Dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571M dan wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 11 hijrah ketika usia baginda 63 tahun. Baginda dibela oleh datuknya setelah kematian ayahanda dan bondanya. Selepas kematian datuknya, baginda dibela pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Baginda telah berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 25 tahun. Baginda mula menerima wahyu pada usia 40 tahun semasa memencil diri di Gua Hira’. Setelah itu, bermulalah dakwah baginda kepada seluruh masyarakat Arab sehinggalah baginda wafat.

2) Keutamaan dan Kelebihan Rasulullah SAW
Nabi Muhammad SAW memiliki beberapa kelebihan dan ciri-ciri khusus yang tidak dimiliki oleh rasul-rasul yang lain. Antaranya ialah:

a) Penutup segala nabi ((خَاتِمُ الأنبياء
Dalil Al-Quran 33:40.
Menghapuskan risalah sebelumnya
Membenarkan nabi yang sebelumnya
Menyempurnakan risalah Allah (5:3)

b) Rahmat ke seluruh alam ((رَحْمَةٌ لِلْعالَمين
Dalil Al-Quran 21:107.
Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk kaum mereka sahaja. Contoh: Nabi Saleh AS kepada kaum Thamud, Nabi Hud AS kepada kaum ‘Ad. Al-Quran 13:7.

c) Nabi yang ummi ((
الأُمِّيّ
Dalil Al-Quran 7:157.
Nabi yang buta huruf iaitu tidak tahu membaca dan menulis.

d) Nama Muhammad disebut di dalam kitab terdahulu.
Dalil Al-Quran 61:6.
‘Ahmad’ mempunyai maksud yang sama dengan ‘Muhammad’ iaitu ‘Yang Terpuji’.

e) Sifat-sifat Nabi Muhammad SAW dikenali oleh golongan Ahli Kitab.
Dalil Al-Quran 2:146.

3) Peranan Rasulullah SAW
Tujuan Rasulullah SAW diutuskan disebutkan dalam hadith; “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia” (H.R. Muslim). Berdasarkan ayat Al-Quran (33:45-46), pembinaan akhlak adalah melalui jalan dakwah kerana Rasulullah SAW diperintahkan untuk mengajak manusia ke jalan yang benar. Antara peranan baginda berdasarkan ayat tersebut:
i. Menjadi saksi bagi manusia
ii. Membawa khabar gembira
iii. Memberi peringatan
iv. Menyeru ke jalan Allah
v. Cahaya yang menerangi

4) Sifat dan Akhlak Rasulullah SAW
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat dari Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama-nama Allah” (33:21). Itulah sebabnya mengenali sifat Rasulullah SAW adalah penting. Dengan mengenalinya, kita diharapkan dapat menyedari siapa sebenarnya Rasulullah SAW dan seterusnya berusaha mempraktikkan sifat-sifat tersebut. Antara sifat-sifat yang agung ialah:

a) Manusia (Al-Basyariyah) (
البشريّة)
Rasulullah SAW adalah manusia biasa seperti kita.
Tiada alasan bagi kita untuk tidak beramal seperti Rasulullah SAW.
Dalil Al-Quran 14:11.

b) Terpelihara dari kesalahan (Al-‘Ismah) (
العصمة)
Rasulullah SAW adalah manusia pilihan.
Apa yang disampaikan adalah amanah dari Allah dan Allah perlu pelihara peraturan dan firman-NYA daripada segala kesalahan.
Dalil Al-Quran 5:67.

c) Benar (As-Sidq) (
الصدق)
Apa yang disampaikan daripada Rasulullulah SAW adalah benar dan tidak mengikut hawa nafsunya.
Dalil Al-Quran 53: 3-4.

d) Cerdas (Al-Fathonah) (
الفطانة)
Kecerdasan Rasulullah dapat dilihat daripada cara Rasulullah menjawab pertanyaan, menyelesaikan masalah ataupun menyusun strategi dakwah.
Dalil Al-Quran 48:27.

e) Amanah (Al-Amanah) (
الأمانة)
Bertanggungjawab terhadap apa yang dibawanya, menepati janji, melaksanakan perintah, menunaikan keadilan, memberikan hokum yang sesuai dan menjalankan sesuatu yang telah disepakati.
Dalil Al-Quran 4:58.

f) Menyampaikan (At-Tabligh) (
التبليغ)
Rasulullah wajib sampaikan perintah Allah kepada manusia dan manusia perlu sampaikan pula kepada manusia yang lain.
Dalil Al-Quran 5:67.

g) Komitmen (Al-Iltizam) (
الإلتزام)
Rasulullah tetap komited terhadap Islam walaupun menerima ancaman daripada musuh.
Kita akan mudah digoncang oleh syaitan dan musuh jika tiada iltizam.
Dalil Al-Quran 17:74.

5) Akhlak yang mulia
Dalil Al-Quran 68:4.
Apabila Aisyah r.a. ditanya tentang akhlak Rasulullah, Aisyah menjawab “Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran” (
كان خلقه القرآن) (H.R. Ahmad bin Hanbal)

Sebagai pemimpin, baginda:
1) Adil – Kisah seorang perempuan keturunan bangsawan yang didapati mencuri burung jirannya. Sekiranya Fatimah mencuri, baginda tetap akan memotong tangannya.
2) Tegas
3) Bertanggungjawab
4) Tetap pendirian – Tawaran Arab Quraisy dengan pangkat dan harta untuk memberhentikan dakwah Rasulullah SAW. Baginda menjawab kepada Abu Talib: “Wahai bapa saudaraku! Demi Allah, walaupun sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan tugas agama ini sehingga Allah memenangkannya atau aku sendiri hancur, namun aku tidak akan meninggalkan tugas ini.”

Sebagai ketua keluarga, baginda:
1) Melayan dengan penuh kasih sayang seperti mencium dan bermain dengan cucu baginda. Ada sahabat yang terkejut melihat cucu Rasulullah menunggang di belakang baginda.
2) Bergurau senda dengan isteri – Rasulullah bermain lumba lari dengan Aisyah.

Sebagai individu, baginda:
1) Pemalu bahkan lebih malu daripada seorang gadis.

-Kisah bagaimana kainnya tersingkap ditiup angin hingga menampakkan betisnya dan ada sahabat yang terpandang. Baginda menutupnya dengan segera sambil mukanya kemerahan menahan malu.
2) Makan apa yang ada dan tidak pernah menghina makanan.
3) Memakai pakaian yang sedia ada dan menjahit sendiri pakaian yang terkoyak
4) Menunggang keldai, baghal dan bahkan kadang-kadang berjalan berkaki ayam.
5) Bergurau hanya yang benar dan tidak ketawa berlebih-lebihan.

-Diceritakan bahawa Rasulullah pernah bergurau berkaitan wanita tua yang tidak masuk syurga. Gurauan baginda adalah benar kerana wanita di syurga akan kembali muda dan tidak tua.
6) Tidak menghina orang lain samada wanita, hamba atau sebagainya.
7) Tidak menyakitkan hati orang lain.

-Anas r.a berkata sepanjang beliau berkhidmat dengan Rasulullah selama 10 tahun, baginda tidak pernah berkata UHHH atau berkata: kenapa buat begini, kenapa tidak buat begitu…
8) Seorang yang pendiam dan berkata hanya yang baik sahaja.

- Sabda Rasulullah SAW: “من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت” (Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata baik atau diam) (H.R. Bukhari & Muslim)
9) Manusia paling berani:
-Usia 15 tahun sudah berperang dan berjaya menangkis panahan terhadap bapa saudaranya dalam perang fujjar.

-Ali r.a. pernah berkata “Jika kami dikepung ketakutan dan bahaya (dalam peperangan), maka kami berlindung di sebalik Rasulullah SAW. Tak seorangpun yang lebih dekat jaraknya dengan musuh selain beliau.
-Rasulullah menerima cabaran orang yang ingin berlawan tumbuk dengan baginda dan baginda menang dalam perlawanan tersebut.
10) Belas kasihan.

-Ibnu Abbas r.a berkata Nabi SAW adalah orang yang paling bermurah hati. Rasulullah SAW juga memberikan sedekah semua roti yang hendak dimakan baginda apabila diminta oleh pengemis.

6) Teladan yang baik (Uswatun Hasanah)
Rasulullah SAW merupakan contoh yang nyata bagi umat Islam yang ingin memiliki akhlak yang mulia. Baginda adalah orang yang paling aktif memenuhi janjinya, paling benar dalam ucapannya, penyambung tali silaturrahim, paling penyayang dan bersikap lemah lembut terhadap orang lain, penyabar menghadapi kekerasan orang lain, bijaksana dalam menghadapi kekasaran orang lain dan paling elok pergaulannya.
Apabila kita ingin mengikuti jejak langkah baginda, kita perlu perdalamkan interkasi kita dengan Al-Quran dan perilaku Rasulullah SAW perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian, dari waktu bangun tidur hingga tidur semula. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab (33) ayat 21:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Dengan itu, barulah dapat dikatakan meneladani Rasulullah SAW.

Rujukan:
1) Panduan Mentoring Agama Islam.
2) Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad SAW, Dr. Danial Zainal Abidin.



-abuammar-



0 Responses

Post a Comment


  • Music


    Organisasi Kelab Pensyarah UiTM PP sesi 2009-2011

    PENGERUSI :
    Mohamed Syazwan Osman
    013-2022645 (FKK)

    TIMBALAN PENGERUSI :
    Rozaini Othman
    019-4445410 (FKM)

    SETIAUSAHA :
    Rosmaliza Mohammed
    012-2095775 (APB)

    BENDAHARI :
    Norhasidah A Bakar
    019-5503040 (CITU)

    BIRO TUGAS-TUGAS KHAS :
    Sumiyyah Bee M.Abdul Kader
    019-4726678 (FKE)

    BIRO PENERBITAN & PUBLISITI :
    Azlina Mohd Mydin
    019-4490019 (JTMSK)
    Nurulzatushima Abdul Karim
    019-4190571 (FKA)

    BIRO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN :
    Wong Yuet Yen
    012-5210873 (farmasi)
    Nur Maizatul Azra Mukhtar
    019-6535514 (JSG)

    BIRO PEMBANGUNAN MINDA & KEMAHIRAN :
    Nurul Huda Hashim
    012-3643413 (FPHP)

    BIRO SUKAN & REKREASI :
    Nurwahida Fuad
    012-5044106 (JPP)
    Rozaini Othman
    019-4445410 (FKM)

    Chat BOx

    Live Traffic Feed

    Live Traffic Map