aknowledgement: Cik Nur Fadzeelah Abu Kasim (FKK)
Pada tanggal 12 September yang lalu iaitu bersamaan dengan 22 Ramadan 1430H, seramai 20 orang pensyarah dari FKE, JSG, JSKM, JPP, CITU termasuk 6 orang pensyarah FKK telah menyertai Kembara Ramadan 2009. Program ini adalah anjuran Kelab Pensyarah iaitu di bawah pimpinan En. Mohamed Syazwan Osman dan ia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keprihatinan warga UiTM Pulau Pinang terhadap golongan yang tidak bernasib baik seperti golongan miskin dan anak-anak yatim.
Selain daripada warga pensyarah UiTM, kembara ini turut disertai dan diketuai oleh pekerja-pekerja syarikat MNC (Multi national Company) yang terutamanya beroperasi di Kulim Hi-Tech seperti Syarikat Intel, Fuji Electric dan lain-lain.
Mereka ini terdiri daripada golongan profesional yang menjawat jawatan sebagai
jurutera kanan, pengurus dan juga akauntan.
Dalam kembara ini, barang-barang makanan dan pakaian serta wang ringgit yang dikumpulkan hasil sumbangan warga -warga UiTM yang prihatin telah berjaya diagihkan kepada 5 buah keluarga miskin di sekitar perkampungan di Baling dan Kuala Ketil, Kedah dan rumah anak yatim Abu Nur di Pengkalan Hulu, Perak. Ianya adalah untuk kegunaan harian mereka dan untuk persediaan menyambut hari raya
Aidilfitri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment