assalamualaikum/salam sejahtera,
dengan era "broadband" dan internet kini, anda boleh menjadi ahli kelab pensyarah UiTMPP dengan hanya berada di sofa empuk anda sahaja. :)
kini, kelab pensyarah UiTMPP menyediakan kemudahan membayar yuran keahlian melalui internet banking...berapa yuran nya? tidak terlampau mahal berbanding dengan persatuan professional yg lain...hanya RM20/semester dan RM40/tahun
pastinya anda tertanya2 apa kelebihan menjadi ahli kelab? hmmm...antara yg bakal didapati adalah:
- diskaun yuran utk setiap program kelab.
- prioriti untuk menyertai aktiviti kelab jika dibuka kpd umum
- kad keahlian kelab yg insya allah kami akan edarkan Jun ini jika anda membayar yuran sebelum 15 April 2010.
- dapat berkenalan dgn rakan sepensyarah yg merentas disiplin/fakulti. (networking)
- dapat meningkatkan potensi dan skil anda dengan menjadi AJK/peserta dalam program2 anjuran kelab pensyarah (human capital dev & social service)
- dan byk lagi benefit yang intangible. :)
1) isi borang keahlian spt dilampirkan dalam emel sy di lotus notes pada 25/3/2010.
2) bayar yuran secara online dari mana2 internet banking ke akaun rasmi Kelab Pensyarah UiTMPP (Maybank: 557090305874)
3) print screen resit transaksi dan emelkan ke kpensyarahuitmpp@yahoo.com
4) AJK kelab akan respons kembali emel anda utk mengesahkan bayaran dan resit akan dihantar ke pejabat anda melalui wakil AJK di setiap fakulti/jabatan
5) jika anda menjadi ahli sebelum 15 April 2010, kad keahlian akan dihantar ke ofis anda pada Jun 2010. insya Allah.
jika anda kurang pasti dengan sistem internet banking, bolehlah membayar yuran secara cash kpd wakil AJK setiap fakulti seperti tertera di sidebar sebelah kiri blog ini.
mudahkan? apaa tunggu lagi...maila pakat2 kita join kelab pensyarah UiTMPP..byk faedahnya... :)
wassalam
Syazwan
Pengerusi Kelab Pensyarah UiTMPP 2009-2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment