Seminar Keibubapaan - Kaedah Khalifah

Sukacita dimaklumkan bahawa KELAB PENSYARAH UiTM PULAU PINANG akan mengadakan satu SEMINAR KEIBUBAPAAN -KAEDAH KHALIFAH . Berikut adalah maklumat tentang seminar tersebut:

TARIKH: 2 DISEMBER 2010
HARI: KHAMIS
MASA 8.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT: DKHA , HOTEL UiTMPP

YURAN PESERTA
Peserta
RM 60.00 SEORANG

Peserta -AHLI KELAB PENSYARAH UITMPP
RM 50.00 SEORANG

Pasangan peserta (Peserta kedua)
RM 50.00 SEORANG

PENCERAMAH JEMPUTAN ADALAH:

Prof. Dr. Alini Marzuki, Pemegang Amanah & Konsultan, Khalifah Institute
Saudara Muhammad Qayyum Abdul Raof, Trainer, Khalifah Institute
Saudara Mursyidi, Trainer, Khalifah Institute


Jesturu itu ,KELAB PENSYARAH UiTMPP dengan segala hormatnya ingin menjemput orang ramai untuk bersama-sama menghadiri majlis ilmu ini .Semoga kita beroleh ilmu yang manafaat dalam mendidik zuriat yang diamanahkan. INSYAALLAH

Bagi maklumat lanjut tentang penceramah dan kaedah Khalifah boleh layari melalui laman web berikut:

1. laman web rasmi KI:

http://khalifahtraining.com/v2/

http://www.islamic-world.net/intldes.php


2. beberapa website yang review tentang kaedah khalifah

http://saifulislam.com/?p=7345

http://acespiretribe.wordpress.com/category/khalifah-parenting/


Sila rujuk attachment untuk borang pendaftaran atau layari laman web berikut:

a) laman web UiTMPP- http://www.penang.uitm.edu.my/
atau
b) Blog Kelab Pensyarah : http://kelab-pensyarahuitmpp.blogspot.com/
CARA PEMBAYARAN PERLU DIBUAT MELALUI BERIKUT:

- NAMA AKAUN: KELAB PENSYARAH
-NAMA BANK: MAYBANK
-NO AKAUN: 557090305874


SILA E-MELKAN BORANG PENYERTAAN YANG LENGKAP BAGI TUJUAN PENGESAHAN PENYERTAAN SEBELUM 10 NOVEMBER 2010.
EMEL :kelab_pensyarah_uitmpp@yahoo.com



Sebarang pertanyaan,sila hubungi :
-EN SYAZWAN OSMAN ( 04-3823289/013-2022645 )
atau
-CIK NURUL HUDA ( 04-3823663/012-3643413)

Borang penyertaan boleh didapati dgn klik image dalam post ni dan printkan nya.

Terima kasih.

Labels: 0 comments | edit post
Anda boleh membayar Yuran Keahlian Kelab Pensyarah melalui internet banking
assalamualaikum/salam sejahtera,

dengan era "broadband" dan internet kini, anda boleh menjadi ahli kelab pensyarah UiTMPP dengan hanya berada di sofa empuk anda sahaja. :)

kini, kelab pensyarah UiTMPP menyediakan kemudahan membayar yuran keahlian melalui internet banking...berapa yuran nya? tidak terlampau mahal berbanding dengan persatuan professional yg lain...hanya RM20/semester dan RM40/tahun

pastinya anda tertanya2 apa kelebihan menjadi ahli kelab? hmmm...antara yg bakal didapati adalah:

  1. diskaun yuran utk setiap program kelab.
  2. prioriti untuk menyertai aktiviti kelab jika dibuka kpd umum
  3. kad keahlian kelab yg insya allah kami akan edarkan Jun ini jika anda membayar yuran sebelum 15 April 2010.
  4. dapat berkenalan dgn rakan sepensyarah yg merentas disiplin/fakulti. (networking)
  5. dapat meningkatkan potensi dan skil anda dengan menjadi AJK/peserta dalam program2 anjuran kelab pensyarah (human capital dev & social service)
  6. dan byk lagi benefit yang intangible. :)
berminat? ingin menyumbangkan sesuatu kpd kelab, daftarkanlah diri anda...caranya mudah...

1) isi borang keahlian spt dilampirkan dalam emel sy di lotus notes pada 25/3/2010.
2) bayar yuran secara online dari mana2 internet banking ke akaun rasmi Kelab Pensyarah UiTMPP (Maybank: 557090305874)
3) print screen resit transaksi dan emelkan ke kpensyarahuitmpp@yahoo.com
4) AJK kelab akan respons kembali emel anda utk mengesahkan bayaran dan resit akan dihantar ke pejabat anda melalui wakil AJK di setiap fakulti/jabatan
5) jika anda menjadi ahli sebelum 15 April 2010, kad keahlian akan dihantar ke ofis anda pada Jun 2010. insya Allah.

jika anda kurang pasti dengan sistem internet banking, bolehlah membayar yuran secara cash kpd wakil AJK setiap fakulti seperti tertera di sidebar sebelah kiri blog ini.

mudahkan? apaa tunggu lagi...maila pakat2 kita join kelab pensyarah UiTMPP..byk faedahnya... :)

wassalam
Syazwan
Pengerusi Kelab Pensyarah UiTMPP 2009-2011


Kembara Ramadan - Jalan2 masuk Kampung 2009
aknowledgement: Cik Nur Fadzeelah Abu Kasim (FKK)

Pada tanggal 12 September yang lalu iaitu bersamaan dengan 22 Ramadan 1430H, seramai 20 orang pensyarah dari FKE, JSG, JSKM, JPP, CITU termasuk 6 orang pensyarah FKK telah menyertai Kembara Ramadan 2009. Program ini adalah anjuran Kelab Pensyarah iaitu di bawah pimpinan En. Mohamed Syazwan Osman dan ia bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keprihatinan warga UiTM Pulau Pinang terhadap golongan yang tidak bernasib baik seperti golongan miskin dan anak-anak yatim.

Selain daripada warga pensyarah UiTM, kembara ini turut disertai dan diketuai oleh pekerja-pekerja syarikat MNC (Multi national Company) yang terutamanya beroperasi di Kulim Hi-Tech seperti Syarikat Intel, Fuji Electric dan lain-lain.
Mereka ini terdiri daripada golongan profesional yang menjawat jawatan sebagai
jurutera kanan, pengurus dan juga akauntan.
Dalam kembara ini, barang-barang makanan dan pakaian serta wang ringgit yang dikumpulkan hasil sumbangan warga -warga UiTM yang prihatin telah berjaya diagihkan kepada 5 buah keluarga miskin di sekitar perkampungan di Baling dan Kuala Ketil, Kedah dan rumah anak yatim Abu Nur di Pengkalan Hulu, Perak. Ianya adalah untuk kegunaan harian mereka dan untuk persediaan menyambut hari raya
Aidilfitri.

Labels: 0 comments | edit post
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KELAB PENSYARAH UiTM PULAU PINANG

Logo melambangkan identiti sesebuah organisasi ataupun kelab. Kelab Pensyarah UiTM Pulau Piang dengan nafas baru sesi 2009-2011 telah mengambil initiative untuk menghasilkan satu identiti tersendiri bagi kelab ini. Satu pertandingan logo diadakan bagi merialisasikan niat ini. Pertandingan Mencipta LOGO KELAB PENSYARAH, dianjurkan oleh unit Biro Publiciti, Kelab Pensyarah UiTM Pulau Pinang. Pertandingan ini terbuka untuk semua warga kampus UiTM Pulau Pinang, pelajar ,staff dan juga para pensyarah dan bentuk penyertaan bolehlah secara individu ataupun berkumpulan. Pertandingan ini dilancarkan dalam pertengahan bulan April 2009 dan tempoh sebulan diberikan kepada para peserta. Walaupun tempoh yang singkat diberikan ,pertandingan ini mendapat sambutan yang baik dikalangan para pensyarah dan pelajar. Pertandingan ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.

Kumpulan yang terdiri daripada 3 orang pensyarah dari Jabatan Sains Komputer dan Matematk, iaitu Puan Zuaraira,Puan Wan Anisha dan Puan Sopiah Ishak telah memenangi pertandingan ini. Pemenang diberikan hadiah berbentuk wang dan sijil penyertaan , daripda pihak Kelab Pensyarah.

Berikut adalah penerangan logo Kelab Pensyarah UiTM Pulau Pinang :

RASIONAL LOGO

Gambar bulatan yang mempunyai tiga bulatan kecil yang mengelilingi glob menggambarkan warga Pensyarah UiTMPP yang sentiasa bersepakat, bekerjasama dan seia sekata dalam menjayakan apa jua aktiviti di kampus dan diluar kampus.

Gambar glob ditengah-tengah melambangkan platform yang menyeluruh dimana warga pensyarah UiTMPP sentiasa bersedia untuk berkhidmat dalam apa jua lapangan kepada universiti dan juga masyarakat tidak kira di mana jua.

Gambar buku di tengah glob melambangkan ilmu pengetahuan yang menjadi teras bagi warga pensyarah menyampaikan ilmu kepada pelajar dan juga kepada masyarakat amnya.

Gambar elips seperti orbit yang mengelilingi melambangkan daya usaha yang bersungguh-sungguh pada setiap warga pensyarah yang sentiasa ikhlas dalam usaha memartabatkan pensyarah sebagai agen pengubah masyarakat tanpa mengabaikan nilai-nilai murni.

sambutan Hari Pensyarah 2010
Adalah dimaklumkan bahawa KELAB PENSYARAH UITMPP akan mengadakan program seperti berikut :

NAMA PROGRAM : SAMBUTAN HARI PENSYARAH 2010
TARIKH :1-2 APRIL 2010
HARI : KHAMIS & JUMAAT

Terdapat banyak aktiviti yang akan dijalankan sempena program "SAMBUTAN HARI PENSYARAH 2010". Diantara aktiviti -aktiviti tersebut adalah:

PERTANDINGAN KUIZ
PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI
GERAI JUALAN
MAJLIS KEMUNCAK SAMBUATAN HARI PENSYARAH 2010

Berikut adalah tentatif aktiviti-aktiviti tersebut:
AKTIVITI
TARIKH
MASA
TEMPAT

GERAI JUALAN
1-2 APRIL 2010
8.30-5.00PTG
LAMAN PERDANA

PERTANDINGAN KUIZ
18-26 APRIL 2010 HANTAR SEBELUM
(12.30 TGH- 26/3/2010)
-

PERTANDINGAN PUISI
1 APRIL 2010
(KHAMIS)
3.45-4.45PTG
LAMAN PERDANA/BILIK PERDANA

MAJLIS KEMUNCAK SAMBUTAN
2 APRIL 2010
(JUMAAT)
2.45-5.00PTG
DEWAN SEMINAR



Untuk Maklumat Lanjut ,sila hubungi....

AZLINA MOHD MYDIN (JSKM-3373 )
MAIZATUL AZRA (JSG-3383)
ATAU WAKIL-WAKIL KELAB PENSYARAH UITMPP

bengkel “ Art of Writing Manuscript in Impact Factor Journals”.

Anda mempunyai penyelidikan berkualiti?

Ingin berkongsi dengan masyarakat academia melalui penulisan dalam jurnal berwasit (refereed journal?)

Namun, artikel anda sering ditolak dan anda kecewa?

Jika semua jawapan di atas ialah YA…maka anda beruntung kerana kehidupan anda bakal berubah…

Kelab Pensyarah UiTM Pulau Pinang akan menganjurkan satu bengkel bertajuk “ Art of Writing Manuscript in Impact Factor Journals”.

Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)

Masa: 8.30pg-5.00ptg

Tempat: Bilik Perdana 1, UiTMPP

Penceramah: Prof Dr Bassim H Hameed (School of Chemical Engineering, USM Nibong Tebal)

http://chemical.eng.usm.my/bassim/PDF/Biodata.pdf

bengkel ini akan merungkai persoalan bagaimana anda ingin menembusi penerbitan berwasit dan strategi/tips berguna dari penceramah. Beliau telah menerbitkan lebih 120 penerbitan dalam jurnal berwasit sahaja khususnya dalam bidang kepakaran beliau. Bengkel ini juga akan membantu untuk meningkatkan motivasi anda untuk menulis dan peripentingnya penulisan sebagai seorang pensyarah.

bengkel ini terbuka kepada semua staf UiTMPP.

Yuran kursus:

RM50 – bukan Ahli Kelab pensyarah UiTMPP

RM25 – ahli kelab pensyarah (Diskaun 50% dengan syarat telah membayar yuran kelab pada tahun 2010.)

Anda berminat? Jangan tunggu lagi..daftarkan diri anda dengan reply email ini atau emel kelab pensyarah di kpensyarahuitmpp@yahoo.com

Emel seterusnya akan dihantar tidak lama lagi bagi memberi maklumat bagaimana yuran dapat dibayar.

Tempat adalah terhad…cepat daftar…nanti menyesal kalau lambat… J

Di sini juga dilampirkan boring pendaftaran keahlian kelab pensyarah UiTMPP bagi mendapat diskaun yang hebat utk program2 kelab pensyarah sepanjang tahun ini. J

Sekian dan jumpa anda di sana…

Wassalamualaikum/terima kasih.

Mari Meneladani Rasulullah SAW
1) Pendahuluan
Setiap manusia memerlukan seseorang yang boleh dijadikan sebagai ikutan dan contoh teladan dalam hidup. Bagi ahli perniagaan, mereka menjadikan ahli korporat yang berjaya sebagai role-model dan begitu juga bagi ahli politik yang mengambil tokoh pemimpin terdahulu sebagai individu yang ingin diikuti. Tetapi, apa yang menyedihkan ialah terdapat juga remaja pada hari ini yang mengambil artis sebagai role-model dan ini dapat dilihat daripada aspek pemakaian, fesyen rambut dan pergaulan mereka. Namun, sebagai seorang muslim, seharusnya Nabi Muhammad SAW adalah individu yang perlu dijadikan contoh teladan dan ikutan sepanjang masa. Baginda adalah seorang nabi untuk seluruh umat, seorang bapa, seorang datuk, seorang suami dan individu seperti kita semua. Tetapi peribadi baginda yang agung wajar dijadikan ikutan oleh setiap manusia.

Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murra bin Kaab bin Luay bin Ghaleb bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Nabi Ilyas AS bin Mudor bin Nizar bin Maad bin Adnan bin Nabi Ismail AS bin Nabi Ibrahim AS. Dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal bersamaan 20 April 571M dan wafat pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun ke 11 hijrah ketika usia baginda 63 tahun. Baginda dibela oleh datuknya setelah kematian ayahanda dan bondanya. Selepas kematian datuknya, baginda dibela pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Baginda telah berkahwin dengan Khadijah ketika berumur 25 tahun. Baginda mula menerima wahyu pada usia 40 tahun semasa memencil diri di Gua Hira’. Setelah itu, bermulalah dakwah baginda kepada seluruh masyarakat Arab sehinggalah baginda wafat.

2) Keutamaan dan Kelebihan Rasulullah SAW
Nabi Muhammad SAW memiliki beberapa kelebihan dan ciri-ciri khusus yang tidak dimiliki oleh rasul-rasul yang lain. Antaranya ialah:

a) Penutup segala nabi ((خَاتِمُ الأنبياء
Dalil Al-Quran 33:40.
Menghapuskan risalah sebelumnya
Membenarkan nabi yang sebelumnya
Menyempurnakan risalah Allah (5:3)

b) Rahmat ke seluruh alam ((رَحْمَةٌ لِلْعالَمين
Dalil Al-Quran 21:107.
Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk kaum mereka sahaja. Contoh: Nabi Saleh AS kepada kaum Thamud, Nabi Hud AS kepada kaum ‘Ad. Al-Quran 13:7.

c) Nabi yang ummi ((
الأُمِّيّ
Dalil Al-Quran 7:157.
Nabi yang buta huruf iaitu tidak tahu membaca dan menulis.

d) Nama Muhammad disebut di dalam kitab terdahulu.
Dalil Al-Quran 61:6.
‘Ahmad’ mempunyai maksud yang sama dengan ‘Muhammad’ iaitu ‘Yang Terpuji’.

e) Sifat-sifat Nabi Muhammad SAW dikenali oleh golongan Ahli Kitab.
Dalil Al-Quran 2:146.

3) Peranan Rasulullah SAW
Tujuan Rasulullah SAW diutuskan disebutkan dalam hadith; “Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia” (H.R. Muslim). Berdasarkan ayat Al-Quran (33:45-46), pembinaan akhlak adalah melalui jalan dakwah kerana Rasulullah SAW diperintahkan untuk mengajak manusia ke jalan yang benar. Antara peranan baginda berdasarkan ayat tersebut:
i. Menjadi saksi bagi manusia
ii. Membawa khabar gembira
iii. Memberi peringatan
iv. Menyeru ke jalan Allah
v. Cahaya yang menerangi

4) Sifat dan Akhlak Rasulullah SAW
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan rahmat dari Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama-nama Allah” (33:21). Itulah sebabnya mengenali sifat Rasulullah SAW adalah penting. Dengan mengenalinya, kita diharapkan dapat menyedari siapa sebenarnya Rasulullah SAW dan seterusnya berusaha mempraktikkan sifat-sifat tersebut. Antara sifat-sifat yang agung ialah:

a) Manusia (Al-Basyariyah) (
البشريّة)
Rasulullah SAW adalah manusia biasa seperti kita.
Tiada alasan bagi kita untuk tidak beramal seperti Rasulullah SAW.
Dalil Al-Quran 14:11.

b) Terpelihara dari kesalahan (Al-‘Ismah) (
العصمة)
Rasulullah SAW adalah manusia pilihan.
Apa yang disampaikan adalah amanah dari Allah dan Allah perlu pelihara peraturan dan firman-NYA daripada segala kesalahan.
Dalil Al-Quran 5:67.

c) Benar (As-Sidq) (
الصدق)
Apa yang disampaikan daripada Rasulullulah SAW adalah benar dan tidak mengikut hawa nafsunya.
Dalil Al-Quran 53: 3-4.

d) Cerdas (Al-Fathonah) (
الفطانة)
Kecerdasan Rasulullah dapat dilihat daripada cara Rasulullah menjawab pertanyaan, menyelesaikan masalah ataupun menyusun strategi dakwah.
Dalil Al-Quran 48:27.

e) Amanah (Al-Amanah) (
الأمانة)
Bertanggungjawab terhadap apa yang dibawanya, menepati janji, melaksanakan perintah, menunaikan keadilan, memberikan hokum yang sesuai dan menjalankan sesuatu yang telah disepakati.
Dalil Al-Quran 4:58.

f) Menyampaikan (At-Tabligh) (
التبليغ)
Rasulullah wajib sampaikan perintah Allah kepada manusia dan manusia perlu sampaikan pula kepada manusia yang lain.
Dalil Al-Quran 5:67.

g) Komitmen (Al-Iltizam) (
الإلتزام)
Rasulullah tetap komited terhadap Islam walaupun menerima ancaman daripada musuh.
Kita akan mudah digoncang oleh syaitan dan musuh jika tiada iltizam.
Dalil Al-Quran 17:74.

5) Akhlak yang mulia
Dalil Al-Quran 68:4.
Apabila Aisyah r.a. ditanya tentang akhlak Rasulullah, Aisyah menjawab “Sesungguhnya akhlak baginda adalah Al-Quran” (
كان خلقه القرآن) (H.R. Ahmad bin Hanbal)

Sebagai pemimpin, baginda:
1) Adil – Kisah seorang perempuan keturunan bangsawan yang didapati mencuri burung jirannya. Sekiranya Fatimah mencuri, baginda tetap akan memotong tangannya.
2) Tegas
3) Bertanggungjawab
4) Tetap pendirian – Tawaran Arab Quraisy dengan pangkat dan harta untuk memberhentikan dakwah Rasulullah SAW. Baginda menjawab kepada Abu Talib: “Wahai bapa saudaraku! Demi Allah, walaupun sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku agar aku meninggalkan tugas agama ini sehingga Allah memenangkannya atau aku sendiri hancur, namun aku tidak akan meninggalkan tugas ini.”

Sebagai ketua keluarga, baginda:
1) Melayan dengan penuh kasih sayang seperti mencium dan bermain dengan cucu baginda. Ada sahabat yang terkejut melihat cucu Rasulullah menunggang di belakang baginda.
2) Bergurau senda dengan isteri – Rasulullah bermain lumba lari dengan Aisyah.

Sebagai individu, baginda:
1) Pemalu bahkan lebih malu daripada seorang gadis.

-Kisah bagaimana kainnya tersingkap ditiup angin hingga menampakkan betisnya dan ada sahabat yang terpandang. Baginda menutupnya dengan segera sambil mukanya kemerahan menahan malu.
2) Makan apa yang ada dan tidak pernah menghina makanan.
3) Memakai pakaian yang sedia ada dan menjahit sendiri pakaian yang terkoyak
4) Menunggang keldai, baghal dan bahkan kadang-kadang berjalan berkaki ayam.
5) Bergurau hanya yang benar dan tidak ketawa berlebih-lebihan.

-Diceritakan bahawa Rasulullah pernah bergurau berkaitan wanita tua yang tidak masuk syurga. Gurauan baginda adalah benar kerana wanita di syurga akan kembali muda dan tidak tua.
6) Tidak menghina orang lain samada wanita, hamba atau sebagainya.
7) Tidak menyakitkan hati orang lain.

-Anas r.a berkata sepanjang beliau berkhidmat dengan Rasulullah selama 10 tahun, baginda tidak pernah berkata UHHH atau berkata: kenapa buat begini, kenapa tidak buat begitu…
8) Seorang yang pendiam dan berkata hanya yang baik sahaja.

- Sabda Rasulullah SAW: “من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت” (Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia berkata baik atau diam) (H.R. Bukhari & Muslim)
9) Manusia paling berani:
-Usia 15 tahun sudah berperang dan berjaya menangkis panahan terhadap bapa saudaranya dalam perang fujjar.

-Ali r.a. pernah berkata “Jika kami dikepung ketakutan dan bahaya (dalam peperangan), maka kami berlindung di sebalik Rasulullah SAW. Tak seorangpun yang lebih dekat jaraknya dengan musuh selain beliau.
-Rasulullah menerima cabaran orang yang ingin berlawan tumbuk dengan baginda dan baginda menang dalam perlawanan tersebut.
10) Belas kasihan.

-Ibnu Abbas r.a berkata Nabi SAW adalah orang yang paling bermurah hati. Rasulullah SAW juga memberikan sedekah semua roti yang hendak dimakan baginda apabila diminta oleh pengemis.

6) Teladan yang baik (Uswatun Hasanah)
Rasulullah SAW merupakan contoh yang nyata bagi umat Islam yang ingin memiliki akhlak yang mulia. Baginda adalah orang yang paling aktif memenuhi janjinya, paling benar dalam ucapannya, penyambung tali silaturrahim, paling penyayang dan bersikap lemah lembut terhadap orang lain, penyabar menghadapi kekerasan orang lain, bijaksana dalam menghadapi kekasaran orang lain dan paling elok pergaulannya.
Apabila kita ingin mengikuti jejak langkah baginda, kita perlu perdalamkan interkasi kita dengan Al-Quran dan perilaku Rasulullah SAW perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian, dari waktu bangun tidur hingga tidur semula. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab (33) ayat 21:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Dengan itu, barulah dapat dikatakan meneladani Rasulullah SAW.

Rujukan:
1) Panduan Mentoring Agama Islam.
2) Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad SAW, Dr. Danial Zainal Abidin.



-abuammar-




  • Music


    Organisasi Kelab Pensyarah UiTM PP sesi 2009-2011

    PENGERUSI :
    Mohamed Syazwan Osman
    013-2022645 (FKK)

    TIMBALAN PENGERUSI :
    Rozaini Othman
    019-4445410 (FKM)

    SETIAUSAHA :
    Rosmaliza Mohammed
    012-2095775 (APB)

    BENDAHARI :
    Norhasidah A Bakar
    019-5503040 (CITU)

    BIRO TUGAS-TUGAS KHAS :
    Sumiyyah Bee M.Abdul Kader
    019-4726678 (FKE)

    BIRO PENERBITAN & PUBLISITI :
    Azlina Mohd Mydin
    019-4490019 (JTMSK)
    Nurulzatushima Abdul Karim
    019-4190571 (FKA)

    BIRO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN :
    Wong Yuet Yen
    012-5210873 (farmasi)
    Nur Maizatul Azra Mukhtar
    019-6535514 (JSG)

    BIRO PEMBANGUNAN MINDA & KEMAHIRAN :
    Nurul Huda Hashim
    012-3643413 (FPHP)

    BIRO SUKAN & REKREASI :
    Nurwahida Fuad
    012-5044106 (JPP)
    Rozaini Othman
    019-4445410 (FKM)

    Chat BOx

    Live Traffic Feed

    Live Traffic Map

  • bilangan pelawat


    Waktu Sekarang

    Calender


    Followers